Tuesday, December 4, 2007

Aku bengang!

Pagi2 lagi ada student dtg jumpa aku nak naik kan markah. Nasib baik mood aku ni baik. Kalau aku jahat, boleh je aku cakap.

"Kau ni giler ke apa dtg pagi2 buta tak tentu arah nak mintak 1 markah?"

Yes u ols. 1 markah sahaja.

Then ayat disedapkan lagi.

"Kalau cik tak naik kan markah, pointer saya tak lepas 2.0"

"So?"

"Nanti saya tak dapat pinjaman nak byr yuran. Duit saving saya semua dah habes. Dulu pun ada skali saya dpt bawah 2.0 jugak"

Ni sudah kes besar. Tp bukan salah aku. Mula2 kelas di awal semester aku dah cakap awal2 kat diorang.

Kena study hard. Make sure test dpt bagus. Carry marks ok. Nanti lepas final jgn pandai2 nak dtg jumpa aku merayu nak mintak markah.

Ni tak! Berani mati ni dtg jumpa aku. Harus lah kena se das dua dari aku. At least aku dah menjalankan tanggungjawab dan amanah yg diberikan padaku. Susah nak mendidik anak bangsa ni. Suruh belajar tp main2. Suruh study tp buat benda lain. Dapat duit loan bukan nak beli buku. Beli make up. Beli henpon mahal2. Even kaum pendidik pun tak pakai henpon semahal itu.

Hai apalah nasib...

No comments: